Pages

Thursday, July 1, 2010

TAK NAK JUDI !!!

GMJ anjur Himpunan Tak Nak Judi, luaskan desakan mansuh judi

June 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Susulan keputusan kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mengadakan Himpunan Tak Nak Judi pada 3 Julai ini bagi memperluaskan usaha bagi mendesak pihak berkuasa memansuhkan judi-judi lain.

Sempena Himpunan Tak Nak Judi ini GMJ akan melancarkan kempen bagi tujuan tersebut.

Himpunan Tak Nak Judi menggantikan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi — perhimpunan aman di ibu negara yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada tarikh itu bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun GMJ mengubah rancangan ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.

“Dalam mesyuarat hari ini, kami memutuskan untuk membatalkan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan dengan Himpunan Tan Nak Judi bagi memperluaskan usaha kita mendesak kerajaan memansuhkan judi-judi lain, yang banyak jumlahnya pada masa sekarang,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS memberitahu, dalam kempen yang akan dilancarkan pada 3 Julai ini GMJ akan meminta kerajaan memansuhkan judi-judi lain secara berperingkat-peringkat dengan mendidik orang ramai.

“Kami akan memberi satu tempoh kepada kerajaan supaya memansuhkan judi-judi lain... jika usaha itu tidak berjaya baru kami akan menetapkan sama ada perlu atau tidak mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh yang akan ditetapkan oleh pihaknya agar kerajaan memansuhkan judi-judi lain.

Ketika ditanya sama ada GMJ menyambut baik keputusan Najib kelmarin, Suhaizan memberitahu, ia bukan soal menyambut baik ataupun sebaliknya kerana pihak berkuasa sudah wajar menarik balik kelulusan untuk lesen judi sukan.

“Sebab sebahagian besar rakyat membantah dan menjadi tugas kerajaan membatalkan keputusan memberi lesen judi,” katanya.

Beliau mendakwa usaha terbaru ini turut mendapat sokongan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan.

Pada Rabu lalu, GMJ yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan dan individu serta parti politik Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Ia membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gmj-anjur-himpunan-tak-nak-judi-luaskan-desakan-mansuh-judi/

0 comments:

Post a Comment

TAK NAK JUDI !!!

  • Posted: 4:39 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau