Pages

Sunday, July 18, 2010

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

al fatihah kepada sahabatku

Anis Amirah binti Hawa

yang telah menginggal dunia tengah hari semalam 18 Julai 2010 . Arwah yang mendapat sakit denggi berdarah selamat dikebumikan selepas asar. setelah mendapat berita, langit mendung dan hujan.

semoga bertemu Tuhanmu dengan tenang.
aku akan menyusulmu suatu hari nanti.

Thursday, July 1, 2010

KENAPA PERLU TURUN ?

Kenapa rakyat perlu turun 'Kempen Tak Nak Judi'?
http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina.

Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.
Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya.

GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat .

Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi.

Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.
Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Suhaizan Bin Kaiat,
Setiausaha,
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

TAK NAK JUDI !!!

GMJ anjur Himpunan Tak Nak Judi, luaskan desakan mansuh judi

June 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Susulan keputusan kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mengadakan Himpunan Tak Nak Judi pada 3 Julai ini bagi memperluaskan usaha bagi mendesak pihak berkuasa memansuhkan judi-judi lain.

Sempena Himpunan Tak Nak Judi ini GMJ akan melancarkan kempen bagi tujuan tersebut.

Himpunan Tak Nak Judi menggantikan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi — perhimpunan aman di ibu negara yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada tarikh itu bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun GMJ mengubah rancangan ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.

“Dalam mesyuarat hari ini, kami memutuskan untuk membatalkan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan dengan Himpunan Tan Nak Judi bagi memperluaskan usaha kita mendesak kerajaan memansuhkan judi-judi lain, yang banyak jumlahnya pada masa sekarang,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS memberitahu, dalam kempen yang akan dilancarkan pada 3 Julai ini GMJ akan meminta kerajaan memansuhkan judi-judi lain secara berperingkat-peringkat dengan mendidik orang ramai.

“Kami akan memberi satu tempoh kepada kerajaan supaya memansuhkan judi-judi lain... jika usaha itu tidak berjaya baru kami akan menetapkan sama ada perlu atau tidak mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh yang akan ditetapkan oleh pihaknya agar kerajaan memansuhkan judi-judi lain.

Ketika ditanya sama ada GMJ menyambut baik keputusan Najib kelmarin, Suhaizan memberitahu, ia bukan soal menyambut baik ataupun sebaliknya kerana pihak berkuasa sudah wajar menarik balik kelulusan untuk lesen judi sukan.

“Sebab sebahagian besar rakyat membantah dan menjadi tugas kerajaan membatalkan keputusan memberi lesen judi,” katanya.

Beliau mendakwa usaha terbaru ini turut mendapat sokongan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan.

Pada Rabu lalu, GMJ yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan dan individu serta parti politik Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Ia membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gmj-anjur-himpunan-tak-nak-judi-luaskan-desakan-mansuh-judi/

Tiada Tuhan?

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.

“saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.

“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.

“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.

Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada.

Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.

Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor.

Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.

“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”

“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut.

“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.

“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.

“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya.

Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.

Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

Semoga ada manafaatnya dari cerita di atas

VN:F [1.9.2_1090]

Monday, May 31, 2010

KONONNYA...

Konvoi Flotilla Di Serang Israel: Rumah Putih Kecewa

May 31, 2010

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.

“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.

PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.

Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.

Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.

Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.

Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)

31 ME1 2010

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa
Haluan Malaysia

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan

solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Monday, May 24, 2010

MISS USA 2010 ?

MISS USA 2010 ?

Tidak semena-mena Rima Fakih menjadi perhatian dunia. Dia perempuan ,24 , seorang pegawai pemasaran berketurunan Lubnan dinobatkan sebagai MISS USA 2010 mengalahkan 50 peserta lain yang di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Terpampanglah gambar tidak cukup kain Rima termasuklah gambarnya memakai baju renang.Adus, pedihnya jantungku, terangkat diafragma ku. Kamu Rima benar-benar memalukan ku. Bukan aku sahaja,juga teman-teman muslimahku yang lain. Moreover you had greatly insulted all Muslims and disgraced ISLAM !!!

The word Muslim made me cried. How can they highlight and relate Muslim with beauty contest? To show that “ finally a Muslim can be MISS USA?” it is unfair to have the word of ” first muslim” attached to her.

Indeed, beauty pageants are totally against Islam ! of course by showing off the aurat to the public is a sin in Islam. When some Muslimahs are fighting to wear hijab in Europe, there are some prefer to follow the Westerners.

Do we know, the first American pageant was staged by PT Barnum in 1854. but his beauty contest was closed down by the public. And nowdays, millions of women continue this content to show off their assets. Oh my God…

Siapa Rima?

Rima lahir di dalam keluarga Islam yang bermazhabkan Syiah. Dia mendapat pendidikan di tadika St John’s dan sekolah Tinggi Katholik. Rima pernah menjadi juara tarian tiang dengan seluar ketat dan berbaju singkat. Dia kononnya orang Islam pertama yang dapat menambat hati juri dengan pakaian renangnya dan tariannya di dalam pertandingan ratu cantik. Tindakannya yang memalukan dapat dilihat dengaN lebih lanjut dalam mail online dan dailymail.uk. Kemenanganmu Rima bukan suatu yang membanggakan kami dan ISLAM!!!.

Pasti kita familiar dengan Imad kan? Dia artis Muslim Lubnan pernah menyatakan untuk mengenali artis Lubnan terutama wanita, lihat sahaja pada pakaian yang menjolok mata.

Keluarga Rima setiap tahun meraikan Krismas di Dearborn, wilayah Michigan. Kebanyakan Arab berketurunan Lubnan beragama Kristian. Hm, kita umat Islam usah keliru, tidak semua masyarakat Arab beragama Islam. Sinonimnya Arab dikaitkan dengan Islam. Ada je dikalangan Arab yang beragama selain Islam tetapi suka dikaitkan dengan Islam kerana nak memalukan Islam.

Sama sahaja dengan masyarakat Melayu. Melayu disinonimkan dengan Islam. Tapi malangnye tidak mengamalkan cara hidup Islam. Skirt pendek seluar ketat berbajukan baby T, riba dan rasuah semakin terang-terangan , apatah lagi buang bayi dan judi pun menjadi halal (asalkan ada lesen). Bukankah ini juga memalukan Islam?

Jadi ?

Berteriaklah akhbar-akhbar Amerika dan media massa seluruh dunia dengan tajuk besar “Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik Amerika”. Tidakkah kita sedar kemenangan itu seperti dirancang tersiratnya untuk memburukkan Islam dikala Islam semakin menjerat hati masyarakat Barat. Ia juga seperti mahu mewar-warkan kononnya Amerika melaksanakan demokrasi dan dengan terbukanya tidak memilih bulu dalam memilih pemenang.

Jadi, kita jangan mudah tertipu dengan propaganda dan permainan jahat Orang Amerika. Mereka hanya nak menarik minat gadis-gadis Islam yang lemah iman agar terus menyimpang jauh dari ajaran Islam. Mereka mahu kita menjadi sebahagian dari mereka. Seperti kata Bush, ” you are with us or we will fight you”.

Queen of Paradise.

Aduhai perempuan, apa lagi yang tinggal pada mu jika maruahmu dirobek dengan mudahnya dikhayalak ramai?

Tidak inginkah kita menjadi wanita mulia seperti yang disebut oleh junjungan Baginda s.a.w:

“When a woman performs the 5 day prayers, and fast in the month of Ramadhan, and is chaste, and obey to her husband, and tell her that she can enter Paradise by whichever door she choose”.

Lets be a Queen of Paradise, not just only a Miss USA !

Tuesday, March 30, 2010

tertekan kah?

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

minggu yang padat dengan test dan assignment.
hampir 2 minggu lagi final akan menjengah.
bagaimana harus aku menghadapinya?

Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk dan tidak mampu mengurus masa..

Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha Perancang,
Engkau sesungguhnya adalah Perancang yang terbaik dan sudah pasti Engkau akan membantuku membuat perancangan yang terbaik.
Sifat Ya AwalMu sudah pasti akan membantuku menyiapkan kerja tepat pada masanya dan sifatMu Ya Akhir akan pasti akan membantuku ketika aku sudah terlewat dalam melaksanakan kerja-kerjaku.
Engkau Ya Mubdi’ Yang Maha Memulakan,
sudah pasti akan membantukan membuat permulaan yang terbaik dalam apa-apa saja kerja yang ku lakukan.
Engkau Ya Fattah Yang Maha Pembuka,
sudah pasti akan membuka jalan-jalan kemudahan bagiku dalam apa sahaja rintangan yang ku tempuhi sepanjang hidup ini.

Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan Hebat..

Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa,
Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan
dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya,
berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menghadapi segala kegagalan dan tekanan ini dengan penuh sabar dan tabah.
Daku sedar sesungguhnya kegagalan dan tekanan merupakan jalan kepada kejayaan. Berikanlah daku ilmuMu Ya Alim agar daku dapat mengambil pengajaran atas setiap kegagalan dan tekanan yang Engkau berikan.
Berikanlah juga kepada diriku ini
Ya Allah Ya Sobur Yang Maha Penyabar
agar dengan kesabaranMu ini daku mampu sabar dan bertahan dengan ujian-ujianMu dan tekanan-tekanan ini dan
ya Allah Ya Ba’its Yang maha Pembakar Semangat,
bakarkanlah semangatku sentiasa agar daku tidak mengenal erti putus asa dan
akan terus bangkit berjuang mengatasi setiap kegagalanku dan
menempa kejayaan demi kejayaan dengan kekuatan dan bantuanMu Ya Allah.

Tuesday, March 23, 2010

BUDAK KECIL ITU

siapa pernah mendengar tentang kisah budak kecil ini?

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Lalu Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” kemudiannya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

malunya aku pada budak kecil itu.

Friday, January 8, 2010

TENTANG KARTIKA

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dah lama aku tak mendengar cerita tentang Kartika. Lalu aku mencari artikel tentang dia. Aku jumpa dlm blog Kak Nuri.

Thursday, September 10, 2009

BERTANDANG KE LANG BUANA MENEMUI KARTIKA

Syukur ke hadrat Ilahi, setelah dua minggu meninggalkan tanah air saya dapat menyedut udara Malaysia sekali lagi apabila kapalterbang mendarat jam 1.05pm di KLIA. Saya terasa keletihan sedikit tetapi dapat merasakan bahawa bumi bertuah ini memang indah dan nyaman.

Walaupun pernah mendengar sendiri beberapa sahabat dan tetamu luar negeri memuji keindahan tanah air kita, tetapi kali ini setelah banyak kali mengalaminya sendiri saya akur.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kita dengan nikmat yang begitu besar yang kadangkala kita lupa. Sepatutnya kita banyak bersyukur di atas kurnia itu dan menjaga keharmonian tanah air kita ini untuk kepentingan dan kesejahteraan semua.

Di bumi bertuah ini kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk mengimarahkannya mengikut peraturannya dengan segala cabaran masyarakat majmuk, sistem pemerintahan dan pendidikan warisan penjajah British yang tebal prejudisnya terhadap Islam. Mampukah kita melaksanakannya tanpa mengikut panduan dan hidayah daripadaNYA?

Sebaik saja saya berada di tanah air, selang beberapa hari saya disambut dengan isu “Sebat” yang hebat diperkatakan di dada media cetak perdana. Pada 3 September, Khamis lalu, saya dan Dr. Najihatus Solehah mewakili DMPP ditemani oleh Puan Lity Atni, AJK DMP Wilayah Persekutuan, bersama-sama suami dan beberapa orang anak-anak kami telah dapat menziarahi wanita yang telah secara tiba-tiba terkenal di atas isu itu.

Wanita itu tidak lain tidak bukan ialah Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 tahun. Bersama-sama kami juga telah sedia menanti rombongan Ketua DMPN Perak, Puan Bariah Alang Sapri bersama-sama AJKnya. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami tiba di Resort Lang Buana, di pinggir sungai Perak, tempat kediaman Encik Sukarno ayah Kartika. Kami dipersilakan naik ke anjung rumahnya oleh adik perempuan Kartika yang sedang mendukung bayinya.

Kami diberitahu bahawa Kartika, ayah dan abangnya telah keluar sejak dari pagi lagi. Saya mengambil keputusan untuk menunggu mereka pulang kerana temu janji telahpun diatur terlebih dahulu. Sementara menunggu Kartika pulang, saya sempat bersama-sama DMPN Perak yang sedang mengadakan sidang media mengenai isu “Sebat” itu. Beberapa wakil media dan bloggers hadir. Apabila tiba sesi soaljawab mereka meminta saya bersama-sama menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh wartawan.

Alhamdulillah, selang beberapa jam kami menunggu penuh sabar, dengan kehendak dan perancangan Allah s.w.t. jua lebih kurang jam 1.30 tengah hari Kartika, bapa dan abangnya Encik Hatta telah tiba ke rumah itu. Seterusnya bapa Kartika mengalu-alukan kehadiran kami.

Kami terpaksa menunggu sekejap untuk Kartika keluar bertemu kami. Dia masuk terus ke rumahnya untuk menemui anak-anaknya, seorang lelaki berumur 7 tahun berkeadaan seorang anak istimewa dan seorang lagi anak perempuan berumur 5 tahun yang menghidapi penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru. Saya dapat melihat kesan jahitan pada dada anak kecil itu. Kami juga dapat memahami kebimbangan Kartika terhadap keadaan anak-anaknya.

Kartika nampak selesa menerima kedatangan kami. Setelah bertaaruf dan mengenalkan diri masing-masing kami terus mengadakan dialog dengan Kartika dan bapanya. Pelbagai soalan yang diajukan oleh rombongan kami kepada mereka berdua. Semua persoalan dijawab dengan penuh kesungguhan dan panjang lebar terutama oleh bapanya. Saya mendengar dengan penuh minat dan melihat Kartika sendiri begitu konfiden dan memang pandai menjawab. Kartika bagaikan seorang yang dapat menguasai bidang komunikasi dan begitu konsisten dengan pegangannya.

Semasa dialog itu berjalan lancar, seketika saya tersentak dengan kenyataannya yang agak memeranjatkan saya bila beliau memberitahu insiden dimana jika mereka yang ditangkap atas kesalahan meminum arak, termasuk Kartika, bersetuju membayar RM2,000.00 atas kesalahan tersebut dan tidak hadir perbicaraan walaupun berkali-kali dipanggil, kes-kes tersebut akan digugurkan. Tetapi jika mengaku bersalah serta enggan merayu atas hukuman tersebut akan dikenakan denda RM5,000.00 dengan 6 kali sebatan oleh Mahkamah.

Sesuatu yang pelik! Bagi mereka yang tidak memahami pelaksanaan undang-undang syariah dan halangan-halangan terhadap perjalanannya di Malaysia akan menjadi sungguh keliru. Memang pun ramai yang keliru termasuk Menteri-Menteri sendiri terutama bagi mereka yang melihatnya serta membandingkan dengan pelaksanaan undang-undang sivil. Setelah 52 tahun merdeka beginikah caranya komitmen UMNO untuk pelaksanaan undang-undang Islam?

Astaghfirullah! Alangkah ajaib dan takjubnya kepada apa yang berlaku terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. Ya Allah, inikah yang sering berlaku dan menjadi perkara biasa di Mahkamah Syariah? Bagaimana pula sikap para hakim dan pengamal undang-undang syariah terhadap dilemma ini? Mengapa jadi begini? Ampuni kami Ya Allah, berikan kami hidayah dan kekuatan menghadapinya. Kasihanilah kami, Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan menegakkan agamaMu. Jadikanlah kami sebenar-benar hambamu yang melaksanakan perintahMu. Ampunilah kami, Ya Allah, tunjukkanlah kami sebenar-benar jalan ke arah redhaMu.

Kita dapat melihat begitu gawat sekali pimpinan UMNO menghadapi dilemma ini. Buat julung-julung kalinya kita dapat saksikan bahawa Perdana Menteri, Datok Seri Najib mengucapkan kalimah “tarbiyyah”. Sebenarnya siapa pula yang hendak dan perlu ditarbiyyah? Banyak pihak pula yang mengutarakan pandangan, cadangan dan tuntutan yang tidak melihatnya dari sudut pandangan Islam. Ramai yang tidak yakin dengan keadilan undang-undang Islam sebenar tanpa merujuk kepada pendapat dan pandangan para ulama’ muktabar.

Bagi kami kesimpulan yang dapat diambil daripada pertemuan dengan Kartika adalah begitu jelas sekali.

Kami menghormati keikhlasan beliau untuk bertaubat dan kesal di atas kesalahan dan ketelanjurannya.

Kami menghormati sikapnya yang sanggup dan bersedia menjalani hukuman yang telah dijatuhkan.

Kami bersama-samanya menuntut agar hukuman yang akan dilaksanakan mematuhi benar-benar syarat-syarat pelaksanaan undang-undang Islam yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Iaitu dapat dirumuskan bahawa kami menyokong tuntutannya untuk mendapatkan keadilan Islam tulen.

NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua DMPP.

Posted by Kak Nuri at 11:33

Tuesday, January 5, 2010

ARE YOU READY ?

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini genap 5 hari aku menjejakkan kaki di Shah Alam...

Apa perasaan ku?

Bercampur baur...

SEDIA

"akak, dah ready nak g shah alam?"

"bagaimana keadaan di sana?"

"best tak kat sana?"

aku tidak tahu apa jawapan yang manis boleh aku berikan.

Mulanya perasaanku biasa sahaja.semakin lama aku gusar,sepatutnya aku gementar menjejak tempat baru yang jauh berbeza dengan Jengka.

apa yang aku perlu cari sebelum ke sana?
sehari...
belum ku temui
hari kedua...
masih terkejut
dan
aku temui sesuatu.

BELAJAR

aku perlu belajar dari semua orang !

Luqmanul hakim pernah di tanya bagaimana dia mendapat hikmah. lalu dia menjawab "aku belajar hikamah dari orang yang dungu. jika dia melakukan sesuatu , maka aku tidak akan melakukannya"

Luqman menjadikan si jahil sebagai "guru" yang mengajar kita erti sempadan dalam tindakan dan kata-kata. Apabila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul "guru-guru" yang mahu mengajar kita.

Begitulah juga jika di dalam kuliah. hati yang sedia sangat penting sebelum menimba ilmu...barulah aku sedar mengapa sukarnya memahami pelajaran di dalam kelas. Aku bukan sekadar tidak bersedia secara fizikal( tidak membaca terlebih dahulu), bahkan hatiku juga tidak sedia, tidak merendah diri(tawadduk)

MERENDAH DIRI

Aliran ilmu bak aliran air yang sentiasa mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah tempat itu, makin banyaklah air yang bertakung.

begitulah ilmu !

Perlu ditakung dengan hati yang merendah diri.

semakin tawadduk, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki.

jika kita merendah diri,kita boleh belajar dari semua orang. sehebat-hebat luqmanul hakim pun masih mahu belajar dari orang lain, apatah lagi kita.

Terima kasih YA ALLAH kerana memberiku hikmah dalam hidupku.

pelangi yang hijau.

Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik

  • Posted: 4:16 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik

  • Posted: 11:08 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

al fatihah kepada sahabatku

Anis Amirah binti Hawa

yang telah menginggal dunia tengah hari semalam 18 Julai 2010 . Arwah yang mendapat sakit denggi berdarah selamat dikebumikan selepas asar. setelah mendapat berita, langit mendung dan hujan.

semoga bertemu Tuhanmu dengan tenang.
aku akan menyusulmu suatu hari nanti.

KENAPA PERLU TURUN ?

  • Posted: 4:44 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

Kenapa rakyat perlu turun 'Kempen Tak Nak Judi'?

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Setelah rakyat mendapat kejayaan mendesak kerajaan membatalkan lesen judi sukan pada 25hb Jun 2010 maka rakyat perlu pergi ketahap kedua Kempen Tak Nak Judi yang akan dilancarkan pada 3hb Julai 2010 pukul 2 petang di Masjid Negara.

Nama Kempen Tak Nak Judi adalah dicadangkan sendiri oleh seorang yang berbangsa cina bernama Sdr. Ng Yap Hwa daripada Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG).

Dato’ Dr. Toh Kin Woon Bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang daripada Parti Gerakan sekarang ini menjadi Pengerusi Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) berpendapat judi bukanlah budaya masyarakat cina.

Sdr Thiagarajah Sokalingam daripada Tamil Foundation juga berpendapat judi boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Mr Tom Grey, Presiden Persekutuan Lesen Perjudian Kebangsaan, Amerika telah membuat kajian bahawa jika kerajaan mendapat $1.00 pendapatan daripada judi maka kerajaan kehilangan $1.9 kos pembayar cukai untuk mengatasi masalah yang berlaku kesan daripada judi seperti jenayah, bengkrap, ketagihan, keruntuhan rumah tangga dan lain-lain.
Antara kejayaan kempen pertama Gerakan Rakyat Membantah Judi(GMJ) selain daripada pemansuhan judi sukan adalah semua bangsa dalam negara ini boleh bersetuju bahawa judi adalah suatu nilai yang tidak baik dalam negara.

Dalam menuju sebuah negara yang maju, aman dan damai Malaysia perlu bebas untuk menolak nilai-nilai yang tidak baik seperti rasuah, salahgunakuasa, pembaziran, jenayah, perjudian dan lain-lain lagi.

Tahap kedua Kempen GMJ ini adalah untuk mendidik masyarakat membenci judi melalui Kempen Tak Nak Judi. Oleh kerana telah lebih 50 tahun negara ini menghalalkan judi maka pendekatan berhikmah diperlukan untuk memisahkan judi daripada kehidupan masyarakat yang tegar terhadapnya.

GMJ memahami usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ia perlu suatu keazaman yang tinggi daripada semua anggota masyarakat, NGOs, parti politik dan pihak kerajaan. Kita jangan pandang kebelakang lagi dalam mempastikan rakyat dan negara bebas daripada amalan berjudi.

Pemansuhan lesen judi sukan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri membuktikan adanya persaingan antara kuasa rakyat untuk menghindar diri daripada judi dengan syarikat judi yang mahu mempertahankan perniagaanya.

Kedua-dua pihak mendesak kerajaan menjayakan cita-cita masing-masing. Kerajaan Barisan Nasional(BN) dilihat berpihak kepada siapa yang lebih kuat .

Ini bermakna jika rakyat lemah memperjuangkan pembebasan judi dalam negara maka kesempatan ini akan diambil oleh syarikat judi untuk mengembangkan sayap perniagaanya. Inilah realiti yang harus difahami oleh rakyat Malaysia.

Oleh itu rakyat Malaysia sudah tiada punya pilihan lagi kecuali bersungguh-sungguh menyelamatkan negara ini daripada aktiviti judi.

Maka kehadiran rakyat Malaysia dalam Kempen Tak Nak Judi di Masjid Negara pada hari sabtu 3hb Julai 2010 jam 2 petang adalah sangat penting bagi membuktikan keazaman kita semua.
Janganlah keazaman syarikat judi mempertahankan perniagaannya lebih kuat daripada keazaman rakyat membenci judi. Kalau kita tiada keazaman ini dikuatiri kita macam menyokong judi dalam negara.

Suhaizan Bin Kaiat,
Setiausaha,
Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ).

TAK NAK JUDI !!!

  • Posted: 4:39 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

GMJ anjur Himpunan Tak Nak Judi, luaskan desakan mansuh judi

June 27, 2010

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Susulan keputusan kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan, Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan mengadakan Himpunan Tak Nak Judi pada 3 Julai ini bagi memperluaskan usaha bagi mendesak pihak berkuasa memansuhkan judi-judi lain.

Sempena Himpunan Tak Nak Judi ini GMJ akan melancarkan kempen bagi tujuan tersebut.

Himpunan Tak Nak Judi menggantikan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi — perhimpunan aman di ibu negara yang sepatutnya telah dirancang untuk diadakan pada tarikh itu bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun GMJ mengubah rancangan ekoran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam kelmarin bahawa kerajaan membatalkan kelulusan lesen judi sukan kepada Ascot Sports, syarikat milik jutawan Tan Sri Vincent Tan.

“Dalam mesyuarat hari ini, kami memutuskan untuk membatalkan Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan dengan Himpunan Tan Nak Judi bagi memperluaskan usaha kita mendesak kerajaan memansuhkan judi-judi lain, yang banyak jumlahnya pada masa sekarang,” kata Setiausaha GMJ Suhaizan Kaiat ketika dihubungi hari ini.

Suhaizan yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS memberitahu, dalam kempen yang akan dilancarkan pada 3 Julai ini GMJ akan meminta kerajaan memansuhkan judi-judi lain secara berperingkat-peringkat dengan mendidik orang ramai.

“Kami akan memberi satu tempoh kepada kerajaan supaya memansuhkan judi-judi lain... jika usaha itu tidak berjaya baru kami akan menetapkan sama ada perlu atau tidak mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan tempoh yang akan ditetapkan oleh pihaknya agar kerajaan memansuhkan judi-judi lain.

Ketika ditanya sama ada GMJ menyambut baik keputusan Najib kelmarin, Suhaizan memberitahu, ia bukan soal menyambut baik ataupun sebaliknya kerana pihak berkuasa sudah wajar menarik balik kelulusan untuk lesen judi sukan.

“Sebab sebahagian besar rakyat membantah dan menjadi tugas kerajaan membatalkan keputusan memberi lesen judi,” katanya.

Beliau mendakwa usaha terbaru ini turut mendapat sokongan semua pihak yang telah memberikan sokongan kepada Himpunan 100,000 Mansuhkan Judi Sukan.

Pada Rabu lalu, GMJ yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan dan individu serta parti politik Angkatan Muda Keadilan dan Pemuda DAP menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Ia membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gmj-anjur-himpunan-tak-nak-judi-luaskan-desakan-mansuh-judi/

Tiada Tuhan?

  • Posted: 1:15 AM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan.

“saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.

“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.

“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.

Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada.

Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.

Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor.

Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut.

“Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”

“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut.

“Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut.

“Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.

“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya.

Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.

Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

Semoga ada manafaatnya dari cerita di atas

VN:F [1.9.2_1090]

KONONNYA...

  • Posted: 12:03 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

Konvoi Flotilla Di Serang Israel: Rumah Putih Kecewa

May 31, 2010

31 Mei – Rumah Putih menyampaikan rasa “sangat kecewa” atas kehilangan nyawa dan kecederaan terhadap aktivis konvoi Flotilla setelah Israel menyerang konvoi tersebut di perairan antarabangsa yang membawa bantuan ke Gaza, sehingga menyebabkan kematian.

“Amerika Syarikat sangat menyesali sehingga hilangnya nyawa dan kecederaan yang dihadapi, dan saat ini kami berusaha untuk memahami situasi sekitar tragedi ini,” kata juru bicara Rumah Putih, William Burton.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penyiasatan penuh dan merasa terkejut atas tindakan Israel menyerbu dan membunuh aktivis konvoi tersebut.

“Sangat penting untuk kita adakan kajian penuh bagi menentukan dengan tepat bagaimana pertumpahan darah boleh berlaku. Saya percaya Israel perlu memberikan penjelasan lengkap,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara Uganda Kampala.

PBB mengutuk keganasan terhadap orang awam di perairan antarabangsa.

Perancis menjadi Negara Eropah pertama yang memberi respon terhadap kejadian tersebut. Menteri Luar Negeri Perancin, Bernard Kouchner mengatakan beliau “sangat terkejut”.

Ramai aktivis yang berada di atas kapal-kapal bantuan tersebut adalah warganegara Eropah dan penganalisis telah menjangkakan respon diplomatik yang amat keras dari Kesatuan Eropah dan negara-negara anggotanya terhadap Israel. Kesatuan Eropah menuntut kajian sepenuhnya di buat.

Jerman juga menyatakan kejutannya dengan tindakan Israel. Jerman adalah salah satu sekutu paling setia Israel, mempersoalkan apakah tindakan yang diambil oleh pasukan komando Israel bersikap profesional.

Kementerian luar negeri Greek dalam kenyataan rasminya hari ini mengatakan, mereka sudah memanggil Duta Besar Israel dan menuntut laporan “segera” laporan atas nasib sekitar 30 warga Greek yang ikut serta dalam rombongan kemanusiaan itu.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan Greek memutuskan untuk menarik diri dari latihan ketenteraan bersama dengan Israel sebagai bentuk protes atas serangan Israel terhadap konvoi tersebut.

Sehingga saat ini, dilaporkan 20 orang telah terbunuh dan lebih dari 30 orang cedera setelah Israel menyerang konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza seperti peralatan pendidikan, peralatan perubatan, bahan makanan dan bahan pembinaan. (Haaretz/hp/em)

31 ME1 2010

  • Posted: 11:13 AM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

Dunia jadi saksi kekejaman zionis Yahudi di perairan antarabangsa
Haluan Malaysia

PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini (31 Mei) dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan

solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

MISS USA 2010 ?

  • Posted: 11:49 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

MISS USA 2010 ?

Tidak semena-mena Rima Fakih menjadi perhatian dunia. Dia perempuan ,24 , seorang pegawai pemasaran berketurunan Lubnan dinobatkan sebagai MISS USA 2010 mengalahkan 50 peserta lain yang di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Terpampanglah gambar tidak cukup kain Rima termasuklah gambarnya memakai baju renang.Adus, pedihnya jantungku, terangkat diafragma ku. Kamu Rima benar-benar memalukan ku. Bukan aku sahaja,juga teman-teman muslimahku yang lain. Moreover you had greatly insulted all Muslims and disgraced ISLAM !!!

The word Muslim made me cried. How can they highlight and relate Muslim with beauty contest? To show that “ finally a Muslim can be MISS USA?” it is unfair to have the word of ” first muslim” attached to her.

Indeed, beauty pageants are totally against Islam ! of course by showing off the aurat to the public is a sin in Islam. When some Muslimahs are fighting to wear hijab in Europe, there are some prefer to follow the Westerners.

Do we know, the first American pageant was staged by PT Barnum in 1854. but his beauty contest was closed down by the public. And nowdays, millions of women continue this content to show off their assets. Oh my God…

Siapa Rima?

Rima lahir di dalam keluarga Islam yang bermazhabkan Syiah. Dia mendapat pendidikan di tadika St John’s dan sekolah Tinggi Katholik. Rima pernah menjadi juara tarian tiang dengan seluar ketat dan berbaju singkat. Dia kononnya orang Islam pertama yang dapat menambat hati juri dengan pakaian renangnya dan tariannya di dalam pertandingan ratu cantik. Tindakannya yang memalukan dapat dilihat dengaN lebih lanjut dalam mail online dan dailymail.uk. Kemenanganmu Rima bukan suatu yang membanggakan kami dan ISLAM!!!.

Pasti kita familiar dengan Imad kan? Dia artis Muslim Lubnan pernah menyatakan untuk mengenali artis Lubnan terutama wanita, lihat sahaja pada pakaian yang menjolok mata.

Keluarga Rima setiap tahun meraikan Krismas di Dearborn, wilayah Michigan. Kebanyakan Arab berketurunan Lubnan beragama Kristian. Hm, kita umat Islam usah keliru, tidak semua masyarakat Arab beragama Islam. Sinonimnya Arab dikaitkan dengan Islam. Ada je dikalangan Arab yang beragama selain Islam tetapi suka dikaitkan dengan Islam kerana nak memalukan Islam.

Sama sahaja dengan masyarakat Melayu. Melayu disinonimkan dengan Islam. Tapi malangnye tidak mengamalkan cara hidup Islam. Skirt pendek seluar ketat berbajukan baby T, riba dan rasuah semakin terang-terangan , apatah lagi buang bayi dan judi pun menjadi halal (asalkan ada lesen). Bukankah ini juga memalukan Islam?

Jadi ?

Berteriaklah akhbar-akhbar Amerika dan media massa seluruh dunia dengan tajuk besar “Wanita Islam pertama menang Ratu Cantik Amerika”. Tidakkah kita sedar kemenangan itu seperti dirancang tersiratnya untuk memburukkan Islam dikala Islam semakin menjerat hati masyarakat Barat. Ia juga seperti mahu mewar-warkan kononnya Amerika melaksanakan demokrasi dan dengan terbukanya tidak memilih bulu dalam memilih pemenang.

Jadi, kita jangan mudah tertipu dengan propaganda dan permainan jahat Orang Amerika. Mereka hanya nak menarik minat gadis-gadis Islam yang lemah iman agar terus menyimpang jauh dari ajaran Islam. Mereka mahu kita menjadi sebahagian dari mereka. Seperti kata Bush, ” you are with us or we will fight you”.

Queen of Paradise.

Aduhai perempuan, apa lagi yang tinggal pada mu jika maruahmu dirobek dengan mudahnya dikhayalak ramai?

Tidak inginkah kita menjadi wanita mulia seperti yang disebut oleh junjungan Baginda s.a.w:

“When a woman performs the 5 day prayers, and fast in the month of Ramadhan, and is chaste, and obey to her husband, and tell her that she can enter Paradise by whichever door she choose”.

Lets be a Queen of Paradise, not just only a Miss USA !

tertekan kah?

  • Posted: 2:14 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

minggu yang padat dengan test dan assignment.
hampir 2 minggu lagi final akan menjengah.
bagaimana harus aku menghadapinya?

Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk dan tidak mampu mengurus masa..

Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha Perancang,
Engkau sesungguhnya adalah Perancang yang terbaik dan sudah pasti Engkau akan membantuku membuat perancangan yang terbaik.
Sifat Ya AwalMu sudah pasti akan membantuku menyiapkan kerja tepat pada masanya dan sifatMu Ya Akhir akan pasti akan membantuku ketika aku sudah terlewat dalam melaksanakan kerja-kerjaku.
Engkau Ya Mubdi’ Yang Maha Memulakan,
sudah pasti akan membantukan membuat permulaan yang terbaik dalam apa-apa saja kerja yang ku lakukan.
Engkau Ya Fattah Yang Maha Pembuka,
sudah pasti akan membuka jalan-jalan kemudahan bagiku dalam apa sahaja rintangan yang ku tempuhi sepanjang hidup ini.

Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan Hebat..

Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa,
Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan
dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya,
berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menghadapi segala kegagalan dan tekanan ini dengan penuh sabar dan tabah.
Daku sedar sesungguhnya kegagalan dan tekanan merupakan jalan kepada kejayaan. Berikanlah daku ilmuMu Ya Alim agar daku dapat mengambil pengajaran atas setiap kegagalan dan tekanan yang Engkau berikan.
Berikanlah juga kepada diriku ini
Ya Allah Ya Sobur Yang Maha Penyabar
agar dengan kesabaranMu ini daku mampu sabar dan bertahan dengan ujian-ujianMu dan tekanan-tekanan ini dan
ya Allah Ya Ba’its Yang maha Pembakar Semangat,
bakarkanlah semangatku sentiasa agar daku tidak mengenal erti putus asa dan
akan terus bangkit berjuang mengatasi setiap kegagalanku dan
menempa kejayaan demi kejayaan dengan kekuatan dan bantuanMu Ya Allah.

BUDAK KECIL ITU

  • Posted: 1:30 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

siapa pernah mendengar tentang kisah budak kecil ini?

Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Lalu Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” kemudiannya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?”
Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…

malunya aku pada budak kecil itu.

TENTANG KARTIKA

  • Posted: 2:34 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dah lama aku tak mendengar cerita tentang Kartika. Lalu aku mencari artikel tentang dia. Aku jumpa dlm blog Kak Nuri.

Thursday, September 10, 2009

BERTANDANG KE LANG BUANA MENEMUI KARTIKA

Syukur ke hadrat Ilahi, setelah dua minggu meninggalkan tanah air saya dapat menyedut udara Malaysia sekali lagi apabila kapalterbang mendarat jam 1.05pm di KLIA. Saya terasa keletihan sedikit tetapi dapat merasakan bahawa bumi bertuah ini memang indah dan nyaman.

Walaupun pernah mendengar sendiri beberapa sahabat dan tetamu luar negeri memuji keindahan tanah air kita, tetapi kali ini setelah banyak kali mengalaminya sendiri saya akur.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kita dengan nikmat yang begitu besar yang kadangkala kita lupa. Sepatutnya kita banyak bersyukur di atas kurnia itu dan menjaga keharmonian tanah air kita ini untuk kepentingan dan kesejahteraan semua.

Di bumi bertuah ini kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk mengimarahkannya mengikut peraturannya dengan segala cabaran masyarakat majmuk, sistem pemerintahan dan pendidikan warisan penjajah British yang tebal prejudisnya terhadap Islam. Mampukah kita melaksanakannya tanpa mengikut panduan dan hidayah daripadaNYA?

Sebaik saja saya berada di tanah air, selang beberapa hari saya disambut dengan isu “Sebat” yang hebat diperkatakan di dada media cetak perdana. Pada 3 September, Khamis lalu, saya dan Dr. Najihatus Solehah mewakili DMPP ditemani oleh Puan Lity Atni, AJK DMP Wilayah Persekutuan, bersama-sama suami dan beberapa orang anak-anak kami telah dapat menziarahi wanita yang telah secara tiba-tiba terkenal di atas isu itu.

Wanita itu tidak lain tidak bukan ialah Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 tahun. Bersama-sama kami juga telah sedia menanti rombongan Ketua DMPN Perak, Puan Bariah Alang Sapri bersama-sama AJKnya. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami tiba di Resort Lang Buana, di pinggir sungai Perak, tempat kediaman Encik Sukarno ayah Kartika. Kami dipersilakan naik ke anjung rumahnya oleh adik perempuan Kartika yang sedang mendukung bayinya.

Kami diberitahu bahawa Kartika, ayah dan abangnya telah keluar sejak dari pagi lagi. Saya mengambil keputusan untuk menunggu mereka pulang kerana temu janji telahpun diatur terlebih dahulu. Sementara menunggu Kartika pulang, saya sempat bersama-sama DMPN Perak yang sedang mengadakan sidang media mengenai isu “Sebat” itu. Beberapa wakil media dan bloggers hadir. Apabila tiba sesi soaljawab mereka meminta saya bersama-sama menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh wartawan.

Alhamdulillah, selang beberapa jam kami menunggu penuh sabar, dengan kehendak dan perancangan Allah s.w.t. jua lebih kurang jam 1.30 tengah hari Kartika, bapa dan abangnya Encik Hatta telah tiba ke rumah itu. Seterusnya bapa Kartika mengalu-alukan kehadiran kami.

Kami terpaksa menunggu sekejap untuk Kartika keluar bertemu kami. Dia masuk terus ke rumahnya untuk menemui anak-anaknya, seorang lelaki berumur 7 tahun berkeadaan seorang anak istimewa dan seorang lagi anak perempuan berumur 5 tahun yang menghidapi penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru. Saya dapat melihat kesan jahitan pada dada anak kecil itu. Kami juga dapat memahami kebimbangan Kartika terhadap keadaan anak-anaknya.

Kartika nampak selesa menerima kedatangan kami. Setelah bertaaruf dan mengenalkan diri masing-masing kami terus mengadakan dialog dengan Kartika dan bapanya. Pelbagai soalan yang diajukan oleh rombongan kami kepada mereka berdua. Semua persoalan dijawab dengan penuh kesungguhan dan panjang lebar terutama oleh bapanya. Saya mendengar dengan penuh minat dan melihat Kartika sendiri begitu konfiden dan memang pandai menjawab. Kartika bagaikan seorang yang dapat menguasai bidang komunikasi dan begitu konsisten dengan pegangannya.

Semasa dialog itu berjalan lancar, seketika saya tersentak dengan kenyataannya yang agak memeranjatkan saya bila beliau memberitahu insiden dimana jika mereka yang ditangkap atas kesalahan meminum arak, termasuk Kartika, bersetuju membayar RM2,000.00 atas kesalahan tersebut dan tidak hadir perbicaraan walaupun berkali-kali dipanggil, kes-kes tersebut akan digugurkan. Tetapi jika mengaku bersalah serta enggan merayu atas hukuman tersebut akan dikenakan denda RM5,000.00 dengan 6 kali sebatan oleh Mahkamah.

Sesuatu yang pelik! Bagi mereka yang tidak memahami pelaksanaan undang-undang syariah dan halangan-halangan terhadap perjalanannya di Malaysia akan menjadi sungguh keliru. Memang pun ramai yang keliru termasuk Menteri-Menteri sendiri terutama bagi mereka yang melihatnya serta membandingkan dengan pelaksanaan undang-undang sivil. Setelah 52 tahun merdeka beginikah caranya komitmen UMNO untuk pelaksanaan undang-undang Islam?

Astaghfirullah! Alangkah ajaib dan takjubnya kepada apa yang berlaku terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. Ya Allah, inikah yang sering berlaku dan menjadi perkara biasa di Mahkamah Syariah? Bagaimana pula sikap para hakim dan pengamal undang-undang syariah terhadap dilemma ini? Mengapa jadi begini? Ampuni kami Ya Allah, berikan kami hidayah dan kekuatan menghadapinya. Kasihanilah kami, Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan menegakkan agamaMu. Jadikanlah kami sebenar-benar hambamu yang melaksanakan perintahMu. Ampunilah kami, Ya Allah, tunjukkanlah kami sebenar-benar jalan ke arah redhaMu.

Kita dapat melihat begitu gawat sekali pimpinan UMNO menghadapi dilemma ini. Buat julung-julung kalinya kita dapat saksikan bahawa Perdana Menteri, Datok Seri Najib mengucapkan kalimah “tarbiyyah”. Sebenarnya siapa pula yang hendak dan perlu ditarbiyyah? Banyak pihak pula yang mengutarakan pandangan, cadangan dan tuntutan yang tidak melihatnya dari sudut pandangan Islam. Ramai yang tidak yakin dengan keadilan undang-undang Islam sebenar tanpa merujuk kepada pendapat dan pandangan para ulama’ muktabar.

Bagi kami kesimpulan yang dapat diambil daripada pertemuan dengan Kartika adalah begitu jelas sekali.

Kami menghormati keikhlasan beliau untuk bertaubat dan kesal di atas kesalahan dan ketelanjurannya.

Kami menghormati sikapnya yang sanggup dan bersedia menjalani hukuman yang telah dijatuhkan.

Kami bersama-samanya menuntut agar hukuman yang akan dilaksanakan mematuhi benar-benar syarat-syarat pelaksanaan undang-undang Islam yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.

Iaitu dapat dirumuskan bahawa kami menyokong tuntutannya untuk mendapatkan keadilan Islam tulen.

NURIDAH MOHD SALLEH

Ketua DMPP.

Posted by Kak Nuri at 11:33

ARE YOU READY ?

  • Posted: 3:36 PM