Syukur ke hadrat Ilahi, setelah dua minggu meninggalkan tanah air saya dapat menyedut udara Malaysia sekali lagi apabila kapalterbang mendarat jam 1.05pm di KLIA. Saya terasa keletihan sedikit tetapi dapat merasakan bahawa bumi bertuah ini memang indah dan nyaman.
Walaupun pernah mendengar sendiri beberapa sahabat dan tetamu luar negeri memuji keindahan tanah air kita, tetapi kali ini setelah banyak kali mengalaminya sendiri saya akur.
Alhamdulillah, sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kita dengan nikmat yang begitu besar yang kadangkala kita lupa. Sepatutnya kita banyak bersyukur di atas kurnia itu dan menjaga keharmonian tanah air kita ini untuk kepentingan dan kesejahteraan semua.
Di bumi bertuah ini kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk mengimarahkannya mengikut peraturannya dengan segala cabaran masyarakat majmuk, sistem pemerintahan dan pendidikan warisan penjajah British yang tebal prejudisnya terhadap Islam. Mampukah kita melaksanakannya tanpa mengikut panduan dan hidayah daripadaNYA?
Sebaik saja saya berada di tanah air, selang beberapa hari saya disambut dengan isu “Sebat” yang hebat diperkatakan di dada media cetak perdana. Pada 3 September, Khamis lalu, saya dan Dr. Najihatus Solehah mewakili DMPP ditemani oleh Puan Lity Atni, AJK DMP Wilayah Persekutuan, bersama-sama suami dan beberapa orang anak-anak kami telah dapat menziarahi wanita yang telah secara tiba-tiba terkenal di atas isu itu.
Wanita itu tidak lain tidak bukan ialah Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 tahun. Bersama-sama kami juga telah sedia menanti rombongan Ketua DMPN Perak, Puan Bariah Alang Sapri bersama-sama AJKnya. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami tiba di Resort Lang Buana, di pinggir sungai Perak, tempat kediaman Encik Sukarno ayah Kartika. Kami dipersilakan naik ke anjung rumahnya oleh adik perempuan Kartika yang sedang mendukung bayinya.
Kami diberitahu bahawa Kartika, ayah dan abangnya telah keluar sejak dari pagi lagi. Saya mengambil keputusan untuk menunggu mereka pulang kerana temu janji telahpun diatur terlebih dahulu. Sementara menunggu Kartika pulang, saya sempat bersama-sama DMPN Perak yang sedang mengadakan sidang media mengenai isu “Sebat” itu. Beberapa wakil media dan bloggers hadir. Apabila tiba sesi soaljawab mereka meminta saya bersama-sama menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh wartawan.
Alhamdulillah, selang beberapa jam kami menunggu penuh sabar, dengan kehendak dan perancangan Allah s.w.t. jua lebih kurang jam 1.30 tengah hari Kartika, bapa dan abangnya Encik Hatta telah tiba ke rumah itu. Seterusnya bapa Kartika mengalu-alukan kehadiran kami.
Kami terpaksa menunggu sekejap untuk Kartika keluar bertemu kami. Dia masuk terus ke rumahnya untuk menemui anak-anaknya, seorang lelaki berumur 7 tahun berkeadaan seorang anak istimewa dan seorang lagi anak perempuan berumur 5 tahun yang menghidapi penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru. Saya dapat melihat kesan jahitan pada dada anak kecil itu. Kami juga dapat memahami kebimbangan Kartika terhadap keadaan anak-anaknya.
Kartika nampak selesa menerima kedatangan kami. Setelah bertaaruf dan mengenalkan diri masing-masing kami terus mengadakan dialog dengan Kartika dan bapanya. Pelbagai soalan yang diajukan oleh rombongan kami kepada mereka berdua. Semua persoalan dijawab dengan penuh kesungguhan dan panjang lebar terutama oleh bapanya. Saya mendengar dengan penuh minat dan melihat Kartika sendiri begitu konfiden dan memang pandai menjawab. Kartika bagaikan seorang yang dapat menguasai bidang komunikasi dan begitu konsisten dengan pegangannya.
Semasa dialog itu berjalan lancar, seketika saya tersentak dengan kenyataannya yang agak memeranjatkan saya bila beliau memberitahu insiden dimana jika mereka yang ditangkap atas kesalahan meminum arak, termasuk Kartika, bersetuju membayar RM2,000.00 atas kesalahan tersebut dan tidak hadir perbicaraan walaupun berkali-kali dipanggil, kes-kes tersebut akan digugurkan. Tetapi jika mengaku bersalah serta enggan merayu atas hukuman tersebut akan dikenakan denda RM5,000.00 dengan 6 kali sebatan oleh Mahkamah.
Sesuatu yang pelik! Bagi mereka yang tidak memahami pelaksanaan undang-undang syariah dan halangan-halangan terhadap perjalanannya di Malaysia akan menjadi sungguh keliru. Memang pun ramai yang keliru termasuk Menteri-Menteri sendiri terutama bagi mereka yang melihatnya serta membandingkan dengan pelaksanaan undang-undang sivil. Setelah 52 tahun merdeka beginikah caranya komitmen UMNO untuk pelaksanaan undang-undang Islam?
Astaghfirullah! Alangkah ajaib dan takjubnya kepada apa yang berlaku terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. Ya Allah, inikah yang sering berlaku dan menjadi perkara biasa di Mahkamah Syariah? Bagaimana pula sikap para hakim dan pengamal undang-undang syariah terhadap dilemma ini? Mengapa jadi begini? Ampuni kami Ya Allah, berikan kami hidayah dan kekuatan menghadapinya. Kasihanilah kami, Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan menegakkan agamaMu. Jadikanlah kami sebenar-benar hambamu yang melaksanakan perintahMu. Ampunilah kami, Ya Allah, tunjukkanlah kami sebenar-benar jalan ke arah redhaMu.
Kita dapat melihat begitu gawat sekali pimpinan UMNO menghadapi dilemma ini. Buat julung-julung kalinya kita dapat saksikan bahawa Perdana Menteri, Datok Seri Najib mengucapkan kalimah “tarbiyyah”. Sebenarnya siapa pula yang hendak dan perlu ditarbiyyah? Banyak pihak pula yang mengutarakan pandangan, cadangan dan tuntutan yang tidak melihatnya dari sudut pandangan Islam. Ramai yang tidak yakin dengan keadilan undang-undang Islam sebenar tanpa merujuk kepada pendapat dan pandangan para ulama’ muktabar.
Bagi kami kesimpulan yang dapat diambil daripada pertemuan dengan Kartika adalah begitu jelas sekali.
Kami menghormati keikhlasan beliau untuk bertaubat dan kesal di atas kesalahan dan ketelanjurannya.
Kami menghormati sikapnya yang sanggup dan bersedia menjalani hukuman yang telah dijatuhkan.
Kami bersama-samanya menuntut agar hukuman yang akan dilaksanakan mematuhi benar-benar syarat-syarat pelaksanaan undang-undang Islam yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Iaitu dapat dirumuskan bahawa kami menyokong tuntutannya untuk mendapatkan keadilan Islam tulen.
Hari ini genap 5 hari aku menjejakkan kaki di Shah Alam...
Apa perasaan ku?
Bercampur baur...
SEDIA
"akak, dah ready nak g shah alam?"
"bagaimana keadaan di sana?"
"best tak kat sana?"
aku tidak tahu apa jawapan yang manis boleh aku berikan.
Mulanya perasaanku biasa sahaja.semakin lama aku gusar,sepatutnya aku gementar menjejak tempat baru yang jauh berbeza dengan Jengka.
apa yang aku perlu cari sebelum ke sana? sehari... belum ku temui hari kedua... masih terkejut dan aku temui sesuatu.
BELAJAR
aku perlu belajar dari semua orang !
Luqmanul hakim pernah di tanya bagaimana dia mendapat hikmah. lalu dia menjawab "aku belajar hikamah dari orang yang dungu. jika dia melakukan sesuatu , maka aku tidak akan melakukannya"
Luqman menjadikan si jahil sebagai "guru" yang mengajar kita erti sempadan dalam tindakan dan kata-kata. Apabila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul "guru-guru" yang mahu mengajar kita.
Begitulah juga jika di dalam kuliah. hati yang sedia sangat penting sebelum menimba ilmu...barulah aku sedar mengapa sukarnya memahami pelajaran di dalam kelas. Aku bukan sekadar tidak bersedia secara fizikal( tidak membaca terlebih dahulu), bahkan hatiku juga tidak sedia, tidak merendah diri(tawadduk)
MERENDAH DIRI
Aliran ilmu bak aliran air yang sentiasa mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah tempat itu, makin banyaklah air yang bertakung.
begitulah ilmu !
Perlu ditakung dengan hati yang merendah diri.
semakin tawadduk, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki.
jika kita merendah diri,kita boleh belajar dari semua orang. sehebat-hebat luqmanul hakim pun masih mahu belajar dari orang lain, apatah lagi kita.
Terima kasih YA ALLAH kerana memberiku hikmah dalam hidupku.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
:. Dari link- http://www.kotaputera.net/umum/tuan-guru-nik-abd-aziz-termasuk-dalam-top-50-muslim-paling-berpengaruh-di-dunia/
Sebenarnya, masalah dan ujian yang kita hadapi kecil je,kita je yang kecoh2.
Untuk menghadapi masalah mu wahai anakku sayang, Kamu memerlukan tambahan kepercayaan diri dan jiwa optimis dalam memandang masa depan. Sebenarnya, banyak luka-luka dan penderitaan yang akan segera berlalu lebih cepat dari yang kita perkirakan. Dan pada saat itu kita berkata, apakah luka dan penderitaan ini benar- benar sudah berakhir? Sesungguhnya, rahmat Allah itu dekat dan ampunan Nya pun lebih dekat. Justeru, bersabarlah wahai anakku sayang. Jadikanlah jalan ALLAH itu sebagai tujuanmu. Tersenyumlah dalam menghadapi hidup.
Sebenarnya saya nak berkongsi tips2 untuk sesiapa yang patah anggota
Petua ibu ku Insya ALLAH boleh digunakan.
minum susu 2x sehari (erk, ni yang saya payah skit).
Tapi sebenarnya, Rasulullah pun memilih susu tau.
Ketika peristiwa Israk Mikraj, Malaikat Jibril pernah menawarkan arak dan susu kepada Rasulullah s.a.w. pada masa tu Allah tak mengharamkan lagi arak. Tetapi Rasulullah s.a.wmemilih susu berbanding arak. Malaikat Jibril pun berkata inilah fitrah. Dan memang tak dapat dinafikan lagi, mula2 kita di lahirkan ke dunia pun, titisan susu yang mula2 masuk ke mulut.
makan ubi kentang rebus setiap hari
makan sayur pucuk geting
pahit skit,selalunya mak celur ataupun masak lemak putih
makan pisang berangan (untuk yang tak masukkan besi @ skru je)
depends pada orang jugak. saya ok je.
Makan ikan haruan dan gamat atau belut.
oh, jangan lah makan makanan yang sejuk seperti anggur, buah salak, air kelapa dan lain2.
Nanti sakit urat la. Nak cepat sembuh kena la jaga makan skit
Guna minyak ubat But- But HPA (sempat lagi promote HPA. He3).
Minyak ni mempercepatkan proses penyambungan tulang dan ligament yang putus.
Sapukan dengan air embun setiap pagi danrendamkan anggota yang patah dengan air suam .
(untuk melembutkan urat) Jika tulang dah bercantum tapi masih tak boleh bergerak ( mungkin sebab dah lama berbalut simen dan tak bergerak)
APA YANG lebihPENTING ?
Yang di atas ni usaha je. Ubat yang lebih mujarat adalah doa yang sungguh2 dengan Allah dan tawakal kepadaNya. So, digalakkan sangat mengamalkan :
surah yassin ayat 77dan 78
dibaca setiap kali sesudah solat dan disapu di bahagian yang patah. Pahamilah tafsir ayat ni, then kita akan sedar bahawa apa jua usaha dan teknologi yang ada tak mampu mecantumkan tulang belulang melainkan Allah kerana Dial ah yang menciptakannya.
selawat syifa
dibaca sebelum tidur dengan bilangan ganjil (3 atau 5, 7 dan seterusnya) dan disapu di bahagian yang patah.
Lebih baik jika dibaca sepanjang masa daripada memikirkan sakit.
Seringkali kita lupa bahawa kita bahawa kita hanya hamba. Dalam taat (yang terlampau sedikit), denganmudahnya kita melatah mempersoalkan ujian yang datang. Rugi dan binasalah kita jika tidak mencari bicara PENCIPTANYA di dalam setiap musibah yang menyinggah.
“ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkandengan hanya berkata: kami beriman, sedangkan mereka tidak diuji?”

Saya manusia yang mencari erti kemanusiaan.
Saya warganegara yang impikan negara yang tenteram
dan hidup harmoni di bawah Islam.
Saya pengembara yang masih mencari kebenaran.
Saya hanyalah seorang yang masih mencari rahsia hidup.
mengutip makna hidup...