minggu yang padat dengan test dan assignment. hampir 2 minggu lagi final akan menjengah. bagaimana harus aku menghadapinya?
Ketika Diriku Merasa Terlalu Sibuk dan tidak mampu mengurus masa..
Ya Allah Ya Baari’ Yang Maha Perancang, Engkau sesungguhnya adalah Perancang yang terbaik dan sudah pasti Engkau akan membantuku membuat perancangan yang terbaik. Sifat Ya AwalMu sudah pasti akan membantuku menyiapkan kerja tepat pada masanya dan sifatMu Ya Akhir akan pasti akan membantuku ketika aku sudah terlewat dalam melaksanakan kerja-kerjaku. Engkau Ya Mubdi’ Yang Maha Memulakan, sudah pasti akan membantukan membuat permulaan yang terbaik dalam apa-apa saja kerja yang ku lakukan. Engkau Ya Fattah Yang Maha Pembuka, sudah pasti akan membuka jalan-jalan kemudahan bagiku dalam apa sahaja rintangan yang ku tempuhi sepanjang hidup ini.
Ketika Diriku Mengalami Kegagalan dan Tekanan Hebat..
Ya Allah Ya Aziz Yang Maha Perkasa, Ya Qowiy Yang Maha Memiliki Kekuatan dan Ya Matin Yang Maha Sempurna KekuatanNya, berikanlah daku kekuatan dan ketabahan jiwa agar daku mampu menghadapi segala kegagalan dan tekanan ini dengan penuh sabar dan tabah. Daku sedar sesungguhnya kegagalan dan tekanan merupakan jalan kepada kejayaan. Berikanlah daku ilmuMu Ya Alim agar daku dapat mengambil pengajaran atas setiap kegagalan dan tekanan yang Engkau berikan. Berikanlah juga kepada diriku ini Ya Allah Ya Sobur Yang Maha Penyabar agar dengan kesabaranMu ini daku mampu sabar dan bertahan dengan ujian-ujianMu dan tekanan-tekanan ini dan ya Allah Ya Ba’its Yang maha Pembakar Semangat, bakarkanlah semangatku sentiasa agar daku tidak mengenal erti putus asa dan akan terus bangkit berjuang mengatasi setiap kegagalanku dan menempa kejayaan demi kejayaan dengan kekuatan dan bantuanMu Ya Allah.
siapa pernah mendengar tentang kisah budak kecil ini?
Seorang budak menangis ketika melihat unggun api terbakar. Bila khalifah Harun Ar Rasyid bertanya, “mengapa dia menangis?” Budak itu menjawab, “aku takutkan api neraka.” Lalu Khalifah yang adil itu memujuk, “anak kecil seperti mu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.” kemudiannya budak itu menjawab, “aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di neraka kelak…Aku umpama kayu kecil itukah?” Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis…
Syukur ke hadrat Ilahi, setelah dua minggu meninggalkan tanah air saya dapat menyedut udara Malaysia sekali lagi apabila kapalterbang mendarat jam 1.05pm di KLIA. Saya terasa keletihan sedikit tetapi dapat merasakan bahawa bumi bertuah ini memang indah dan nyaman.
Walaupun pernah mendengar sendiri beberapa sahabat dan tetamu luar negeri memuji keindahan tanah air kita, tetapi kali ini setelah banyak kali mengalaminya sendiri saya akur.
Alhamdulillah, sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahkan kita dengan nikmat yang begitu besar yang kadangkala kita lupa. Sepatutnya kita banyak bersyukur di atas kurnia itu dan menjaga keharmonian tanah air kita ini untuk kepentingan dan kesejahteraan semua.
Di bumi bertuah ini kita diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk mengimarahkannya mengikut peraturannya dengan segala cabaran masyarakat majmuk, sistem pemerintahan dan pendidikan warisan penjajah British yang tebal prejudisnya terhadap Islam. Mampukah kita melaksanakannya tanpa mengikut panduan dan hidayah daripadaNYA?
Sebaik saja saya berada di tanah air, selang beberapa hari saya disambut dengan isu “Sebat” yang hebat diperkatakan di dada media cetak perdana. Pada 3 September, Khamis lalu, saya dan Dr. Najihatus Solehah mewakili DMPP ditemani oleh Puan Lity Atni, AJK DMP Wilayah Persekutuan, bersama-sama suami dan beberapa orang anak-anak kami telah dapat menziarahi wanita yang telah secara tiba-tiba terkenal di atas isu itu.
Wanita itu tidak lain tidak bukan ialah Kartika Sari Dewi Sukarno, 32 tahun. Bersama-sama kami juga telah sedia menanti rombongan Ketua DMPN Perak, Puan Bariah Alang Sapri bersama-sama AJKnya. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami tiba di Resort Lang Buana, di pinggir sungai Perak, tempat kediaman Encik Sukarno ayah Kartika. Kami dipersilakan naik ke anjung rumahnya oleh adik perempuan Kartika yang sedang mendukung bayinya.
Kami diberitahu bahawa Kartika, ayah dan abangnya telah keluar sejak dari pagi lagi. Saya mengambil keputusan untuk menunggu mereka pulang kerana temu janji telahpun diatur terlebih dahulu. Sementara menunggu Kartika pulang, saya sempat bersama-sama DMPN Perak yang sedang mengadakan sidang media mengenai isu “Sebat” itu. Beberapa wakil media dan bloggers hadir. Apabila tiba sesi soaljawab mereka meminta saya bersama-sama menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh wartawan.
Alhamdulillah, selang beberapa jam kami menunggu penuh sabar, dengan kehendak dan perancangan Allah s.w.t. jua lebih kurang jam 1.30 tengah hari Kartika, bapa dan abangnya Encik Hatta telah tiba ke rumah itu. Seterusnya bapa Kartika mengalu-alukan kehadiran kami.
Kami terpaksa menunggu sekejap untuk Kartika keluar bertemu kami. Dia masuk terus ke rumahnya untuk menemui anak-anaknya, seorang lelaki berumur 7 tahun berkeadaan seorang anak istimewa dan seorang lagi anak perempuan berumur 5 tahun yang menghidapi penyakit jantung berlubang dan masalah paru-paru. Saya dapat melihat kesan jahitan pada dada anak kecil itu. Kami juga dapat memahami kebimbangan Kartika terhadap keadaan anak-anaknya.
Kartika nampak selesa menerima kedatangan kami. Setelah bertaaruf dan mengenalkan diri masing-masing kami terus mengadakan dialog dengan Kartika dan bapanya. Pelbagai soalan yang diajukan oleh rombongan kami kepada mereka berdua. Semua persoalan dijawab dengan penuh kesungguhan dan panjang lebar terutama oleh bapanya. Saya mendengar dengan penuh minat dan melihat Kartika sendiri begitu konfiden dan memang pandai menjawab. Kartika bagaikan seorang yang dapat menguasai bidang komunikasi dan begitu konsisten dengan pegangannya.
Semasa dialog itu berjalan lancar, seketika saya tersentak dengan kenyataannya yang agak memeranjatkan saya bila beliau memberitahu insiden dimana jika mereka yang ditangkap atas kesalahan meminum arak, termasuk Kartika, bersetuju membayar RM2,000.00 atas kesalahan tersebut dan tidak hadir perbicaraan walaupun berkali-kali dipanggil, kes-kes tersebut akan digugurkan. Tetapi jika mengaku bersalah serta enggan merayu atas hukuman tersebut akan dikenakan denda RM5,000.00 dengan 6 kali sebatan oleh Mahkamah.
Sesuatu yang pelik! Bagi mereka yang tidak memahami pelaksanaan undang-undang syariah dan halangan-halangan terhadap perjalanannya di Malaysia akan menjadi sungguh keliru. Memang pun ramai yang keliru termasuk Menteri-Menteri sendiri terutama bagi mereka yang melihatnya serta membandingkan dengan pelaksanaan undang-undang sivil. Setelah 52 tahun merdeka beginikah caranya komitmen UMNO untuk pelaksanaan undang-undang Islam?
Astaghfirullah! Alangkah ajaib dan takjubnya kepada apa yang berlaku terhadap pelaksanaan undang-undang syariah. Ya Allah, inikah yang sering berlaku dan menjadi perkara biasa di Mahkamah Syariah? Bagaimana pula sikap para hakim dan pengamal undang-undang syariah terhadap dilemma ini? Mengapa jadi begini? Ampuni kami Ya Allah, berikan kami hidayah dan kekuatan menghadapinya. Kasihanilah kami, Ya Allah. Bantulah kami dalam perjuangan menegakkan agamaMu. Jadikanlah kami sebenar-benar hambamu yang melaksanakan perintahMu. Ampunilah kami, Ya Allah, tunjukkanlah kami sebenar-benar jalan ke arah redhaMu.
Kita dapat melihat begitu gawat sekali pimpinan UMNO menghadapi dilemma ini. Buat julung-julung kalinya kita dapat saksikan bahawa Perdana Menteri, Datok Seri Najib mengucapkan kalimah “tarbiyyah”. Sebenarnya siapa pula yang hendak dan perlu ditarbiyyah? Banyak pihak pula yang mengutarakan pandangan, cadangan dan tuntutan yang tidak melihatnya dari sudut pandangan Islam. Ramai yang tidak yakin dengan keadilan undang-undang Islam sebenar tanpa merujuk kepada pendapat dan pandangan para ulama’ muktabar.
Bagi kami kesimpulan yang dapat diambil daripada pertemuan dengan Kartika adalah begitu jelas sekali.
Kami menghormati keikhlasan beliau untuk bertaubat dan kesal di atas kesalahan dan ketelanjurannya.
Kami menghormati sikapnya yang sanggup dan bersedia menjalani hukuman yang telah dijatuhkan.
Kami bersama-samanya menuntut agar hukuman yang akan dilaksanakan mematuhi benar-benar syarat-syarat pelaksanaan undang-undang Islam yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w.
Iaitu dapat dirumuskan bahawa kami menyokong tuntutannya untuk mendapatkan keadilan Islam tulen.
Hari ini genap 5 hari aku menjejakkan kaki di Shah Alam...
Apa perasaan ku?
Bercampur baur...
SEDIA
"akak, dah ready nak g shah alam?"
"bagaimana keadaan di sana?"
"best tak kat sana?"
aku tidak tahu apa jawapan yang manis boleh aku berikan.
Mulanya perasaanku biasa sahaja.semakin lama aku gusar,sepatutnya aku gementar menjejak tempat baru yang jauh berbeza dengan Jengka.
apa yang aku perlu cari sebelum ke sana? sehari... belum ku temui hari kedua... masih terkejut dan aku temui sesuatu.
BELAJAR
aku perlu belajar dari semua orang !
Luqmanul hakim pernah di tanya bagaimana dia mendapat hikmah. lalu dia menjawab "aku belajar hikamah dari orang yang dungu. jika dia melakukan sesuatu , maka aku tidak akan melakukannya"
Luqman menjadikan si jahil sebagai "guru" yang mengajar kita erti sempadan dalam tindakan dan kata-kata. Apabila kita sentiasa ingin dan bersedia untuk belajar, maka akan muncul "guru-guru" yang mahu mengajar kita.
Begitulah juga jika di dalam kuliah. hati yang sedia sangat penting sebelum menimba ilmu...barulah aku sedar mengapa sukarnya memahami pelajaran di dalam kelas. Aku bukan sekadar tidak bersedia secara fizikal( tidak membaca terlebih dahulu), bahkan hatiku juga tidak sedia, tidak merendah diri(tawadduk)
MERENDAH DIRI
Aliran ilmu bak aliran air yang sentiasa mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang rendah. Lebih rendah tempat itu, makin banyaklah air yang bertakung.
begitulah ilmu !
Perlu ditakung dengan hati yang merendah diri.
semakin tawadduk, semakin banyak ilmu yang bakal dimiliki.
jika kita merendah diri,kita boleh belajar dari semua orang. sehebat-hebat luqmanul hakim pun masih mahu belajar dari orang lain, apatah lagi kita.
Terima kasih YA ALLAH kerana memberiku hikmah dalam hidupku.
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam senarai 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad.
Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.
Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.
Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.
Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.
Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
:. Dari link- http://www.kotaputera.net/umum/tuan-guru-nik-abd-aziz-termasuk-dalam-top-50-muslim-paling-berpengaruh-di-dunia/

Saya manusia yang mencari erti kemanusiaan.
Saya warganegara yang impikan negara yang tenteram
dan hidup harmoni di bawah Islam.
Saya pengembara yang masih mencari kebenaran.
Saya hanyalah seorang yang masih mencari rahsia hidup.
mengutip makna hidup...