Pages

Saturday, July 11, 2009

mengapa sekarang ?

assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

alhamdulillah.

Sekian lamanya lahir juga pelangi yang hijau ini.

Bukan x pernah ada blog sebelum ini tapi dah lama ku kuburkan. Gara-gara melihat diri yang tidak punya bakat menulis. Pada masa itu tidak ramai yang menulis blog .Tidak seperti sekarang yang dihidupkan oleh gelombang PRU 12.

mengapa sekarang?

Kini aku sedar,selamanya kah kita mengharapkan bakat? Bakat boleh diasah, tidak datang melenggang tanpa usaha. Selepas suatu peristiwa, barulah aku terdetik untuk melahirkan pelangi yang hijau ini. Lahirnya pelangi yang hijau ini bukan lah untuk menyaingi jutaan blog yang ada, sekadar mecambahkan idea,mengaktifkan sel-sel otakku, menghamburkan peri rasa di dalam dada dalam mencari makna hidup. Aku suka kiranya dapat mencoretkan apa yang ada dalam kepalaku,mengembangkan minda. Tetapi ada juga yang dicopy-paste artikel orang lain yang barangkali dapat dimanfaatkan.

mengapa pelangi yang hijau?

pelangi

Hidup kita ibarat pelangi, yang sentiasa bewarna-warni. Tidak selamanya akan berwarna biru, tidak selalunya warna jingga. Yang pasti hidup kita akan sentiasa bewarna warni. Hidup yang ada pasang surutnya ; bahagia, kecewa, marah, derita dan sebagainya.

Tetapi warna hijau lah yang paling menenangkan,mendamaikan. warna syurga idaman. Bila hati letih dan runsing, pandanglah pada kehijauan ciptaan Tuhan yang Esa yang memercikkan sedikit ketenangan kalaupun tidak banyak.

Allah berfirman bermaksud:

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allahlah hati menjadi tenang”. (13:28).

Tetapi hakikatnya ketenangan itu hanya dari Allah pemilik segala kedamaian dan kebahagiaan. Jika semua rasa hati itu disandarkan padaNya, kelak hati kelam itu akan lebih mudah redha dengan takdirNya.

Jika diberi pilihan mejamah pelangi, hijau jua pilihan ku !

Pelangi yang hijau.

0 comments:

Post a Comment

mengapa sekarang ?

  • Posted: 11:02 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau