Pages

Saturday, July 11, 2009

‘TRAUMA’ DI 4 UTARA

“Mak, patah ke?”

“Tak la, terseliuh sikit je ni” mak cuba menyedapkan hatiku walhal dia tahu ada kemungkinannya.

Hati kecil ku tetap tidak senang tapi aku sedapkan hati sendiri. “tak pe la, sikit je ni. Sempat sembuh dalam 2 minggu”.

Kemudian aku ke Unit Kecemasan HUSM.

Sah patah !

Aku dibawa ke 4 Utara. Pada rekod perubatan ku tertulis TRAUMA. Hm, pelik juga doctor ni. Aku bukannya trauma pape, patah tulang je.

Aku minta mak pulang mengambil baju dan barang keprluan lain serta memaklumkan kepada ayah. Tiada setitis air mata pun jatuh dipipinya sedangkan airmataku mula bergenang. Aku tahu mak tidak mahu menunjukkan perasaan sedih dan lemah di depan seorang anak.

Sepanjang tempoh keseorangan di katil, bermacam- macam perkara yang berlegar-legar. Soal sakit tak payah cakap la. Tapi yang datang dalam kepalaku adalah aku kehilangan banyak perkara mulai saat ini. Aku akan terlepas 1 paper je lg, tak dapat mengikuti program, melihat adik-adik kesayangan ku berjuang, bersalaman dengan sahabat yang akan grad buat kali terakhir, kemaskan barang( yang akhirnya dibuat oleh roomate2 ku yang sangat rajin) dan banyak lagi yang tidak tergambar.

Aku mula memadamkan semua perancangan ku kerana ia takkan lagi menjadi reality.

Kemudian berderet-deret sms yang sampai hinggakan penuh inbox sony ericsson. Semuanya nasihat yang memintaku sabar,redha dan tabah.

Panggilan yang tidak putus-putus. Ketika seorang adik menelefon ku, belum sempat aku memberi salam , aku dah mendengar esakan tangisannya. Macam mana la aku tidak terikut sama macam dia.hu3… Akhirnya aku tak mampu lagi membaca mesej2 dan menjawab panggilan yang berdering.

Dengan emosi yang tidak stabil, sakit yang makin rancak, tangisan ku makin panjang. Seolah-olah aku dah tak kesah dengan orang sekeliling katilku yang juga punya sakit.

Terlalu sedikit ujian

Ibuku memang tidak boleh duduk diam ketika di dalam wad 4 Utara. Ringan mulutnya bertanyakan sakit pesakit lain.

“mak cik depan ni kena kanser tulang. Dah sebulan tak bangun. Sabar betul suaminya tiap-tiap hari menjaga dan melayan karenah isteri.”

“Mak cik-mak cik kat katil hujung sana semuanya kencing manis,ada yang dah dipotong kaki dan menunggu untuk dipotong.”

“Paha budak perempuan tu bernanah, jangkitan selepas operate untuk masukkan besi. Dah seminggu nurse cucikan nanah di pahanya.”

Kemalangan, patah sana sini, besi seperti area tv yang tersusuk di kaki. Banyak lagi yang tak terkata.

Mungkin kebanyakkannya tak mampu aku hadapi. Kemudian barulah aku sedar dan celik mata.

Terlalu sedikit ujian ke atas ku. Itupun tak mampu aku hadapi.

Betapa aku ni tidak redha,tidak bersyukur dan tidak berbaik sangka dengan ALLAH.

Hilang sudah apa yang telah aku pelajari.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Al-Baqarah:216)

Ya Allah, ampunkan aku. Hinanya aku, tak mampu menghadapi ujian Mu yang kecil ini. Malunya aku dengan MU Ya Allah.

Duduklah sekejap.

Besarnya hikmah yang Allah ajar melalui musibah ini. sepatutnya mula2 di timpa musibah:

  1. aku patut ucapkan Alhamdulillah sebab sakit ku tak seteruk orang lain dan masih boleh fully recovered.
  2. bersangka baik dengan Allah kerana hikmahNya yang melimpah- ruah sedang menyusul.
  3. bertenang (dan jangan nangis kuat sangat.he3) jangan panic sebab panic merencatkan otak kita untuk berfikir.

Jadi, apa jua dugaan yang kita hadapi tenanglah.

Apabila ujian datang, duduklah sejenak. Jangan terus berjalan tanpa tujuan. duduk itu untuk bertenang, berlapang dada, mencari jalan keluar agar kita nampak jalan keluar yang sebenarnya lebih mudah dengan masa depan yang lebih cerah. Dan terus bangkit !!

aku akhiri dengan dengan kata-kata indah Rasulullah barangkali menyejukkan jiwa orang yang teruji.

Dari Muhammad bin Khalid As-Sulami, dari ayahnya dari datuknya ia berkata: saya mendengar Rasullulah saw bersabda yang maksudnya:

Bila Allah telah menentukan suatu kedudukan yang tinggi bagi hamba-NYA, yang tidak akan mungkin dapat dicapai dengan sebab amal hambaNYA itu, maka Allah akan menurunkan cubaan kepada tubuhnya, atau kepada anaknya, atau kepada hartanya, di samping itu Allah pula memberinya ketabahan, sehingga dengan kesabaranya itu, ia dapat mencapai kedudukan yang telah ditentukan oleh Allah ‘azza Wajallla bagi dirinya.

(Ibn Abiddunya dalam kitabnya Al-Amradi wal-Kaffarat)

*Hari ini genap lah 2 bulan aku di uji dengan patah.

Ketika hari pertama sesi pengajian julai-november 09 bermula, aku masih di rumah dengan tongkat yang setia…

p/s : trauma tu kecederaan…bahasa doktor memang tak sama dengan bahasa pesakit.

~pelangi yang hijau~

0 comments:

Post a Comment

  • Posted: 11:27 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau