Pages

Monday, July 13, 2009

DULU DAN 'LONI'

MU ?

Damainya 14 julai 09, negeriku di isytiharkan cuti. pada yang punya tanggungjawb, tiada alasan lagi untuk tidak mengundi.

Sebulan dua ni, MU makin panas. Sebelum ni panas dengan Manchester United tapi sekarang dengan Manek Urai.

Pilihan raya kecil (PrK) di N.41 Manek Urai kerana kekosongan setelah kembalinya ke rahmatullah ahli dewan undangan negeri (ADUN) , YB Hj Ismail Yaacob a.k.a Pok Su Wel pada 22 Mei 2009. sekurang-kurangnya dengan pilihan raya ni, aku lebih kenal dengan negeri sendiri.

Manek Urai ini adalah salah satu dewan undangan negeri (DUN) dalam parlimen Kuala Krai. Kedudukannya, di timur ialah Terengganu, di barat pula DUN Dabong, di utara DUN Guchil dan Mengkebang, Kuala Krai, di selatan bersempadan dengan DUN Paloh, Gua Musang. Antara kawasan mengundi adalah Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Laloh, Lata Rek, Manjor, dan Chuchoh Puteri.

DULU-DULU

Dulunya aku tidak minat politik. tetapi lemas dalam dunia Malaysia membuka mataku. fikiran ku.

Masa kecilku, bebas sahaja berlegar-legar di kampung sendiri ( bukan sekadar di depan rumah), mengayuh basikal,bermain air hujan.

"jangan mengarung air di alik hilir, nanti gatal berkudis" arwah ibu memesan.

tapi sekarang dialognya tak seremeh itu lagi.

"jangan mengarung air di alik hilir, nanti diculik orang dipotong 16"

agaknya itulah dialog pada anak-anakku nanti.

dulu-dulu, orang mencuri masih 'baik' lagi(tapi hakikatnya semua yang mencuri jahat di sisi Tuhan ).

"orang dulu- dulu manusia yang paling jahat je mencuri,tak lah sampai tetak-menetak"

tapi sekarang?

Yang kecil bersekolah dah pun pandai memanjangkan tangan, yang tua lebih hebat aksinya. bunuh, bakar, mak nyah, gay? panjang lagi rupanya cerita zaman sekarang.

Apa jawapanku pada anak-anak nanti jika soalan mereka...
"Ibu, benarkan lah kami bermain di luar"

Inikah suasana yang akan aku hadiahkan pada kalian nanti?

LONI a.k.a now ?

Cerita zaman sekarang bersambung lagi.

Kemungkaran,kefasadan melanda dalam nadi masyarakat.

Dengan cerekarama yang pelbagai,dari Universiti,Institusi Agama, kehakiman, Hospitaliti, Perguruan, Ekonomi,sosial.

Yang merasuah terus merasuah

Yang pilih bulu terus menjaga periuk nasi kerabat dan kroni

Yang penakut terus menerus mengampu sana-sini

Yang Miskin bertambah miskin

Yang Kaya terus menerus tenggelam alam kemewahan

Yang lembik mulut terus mempermainkan Institusi Agama dan Raja

Mereka memperlekehkan kebenaran,royalti minyak di endahkan.
mereka menindas sesama insan…
mereka sombong kerana mereka sentiasa di atas.

DAN AKU ?

Sebetulnya aku anak kelantan tak mahu lagi pada pembangunan yang melampau. tingginya bangunan merosakkan bumi serambi mekah, banyaknya gedung membeli dan tempat hiburan menghancurkan adik- kakakku, kawan sepermainan dan anak bangsaku. semuanya tak mampu aku kawal dengan pandangan jauh.

Kami tak nak semua tu !
Cukuplah rasa tenang dan selamat setiap kali berada di bumi tanah serendah sekebun bunga, dengan doa selamat tok guru-tok guru,cukup dengan apa yang ada.

Dan aku makin kabur dengan masa depan diri sendiri, agama dan negara serta generasi muda akan datang. jika tidak kerana yakin dengan takdir Allah dan perjalanan hidup yang Dia tentukan, hancurlah masa tua ku di tikam keris merah Melayu .

Sempatkan aku tunjukkan pada anak- anak dan bangsaku, negeri yang satu-satunya damai.

1 MALAYSIA... inikah hadiah untuk anak-anakku nanti? Oh...

p/s :

entry ini agak lewat. sepatutnya aku post sebelum orang manek urai keluar mengundi.
selamat mengundi kepada ore manek urai. sanggupkah kita mengejar pembangunan,jambatan, kota agropolitan yang mengorbankan sinar Islam anak2 Melayu?

0 comments:

Post a Comment

DULU DAN 'LONI'

  • Posted: 8:23 PM
  • |
  • Author: pelangi yang hijau